"Reflections Of A Man"

You gave him everything you had: your time, your love, your everything. In return, he played the role of a good man until his price went up and he wanted more from you. So, you gave him more. But that still wasn’t enough, was it? Because when it’s the wrong man, nothing you do will ever be enough. He’s a parasite. He will continue to suck the life out of you until you are completely drained of all your money, all your confidence, all your self-esteem, and then he’ll leave you. You have the power to stop him. It’s often a hard decision to leave a man you think you love, but in the end, it may not be that you actually love him. It may be that you love the man he “used to be” or the idea of the man he “could be.” Either way, that’s not the man he is."

 -Mr. Amari
(Sunday/16/2/7)
Ada apa dengan cinta?

"Cinta bukan sekadar; aku suka kau dan kau suka aku. 
Cinta ini adalah perasaan rasa senang sesama kita. 
Buat  kita harus ada ikatan cinta sedang kita bahagia jadi kawan?
Siapa tahu hanya bermula dari kawan lalu tanpa sadar ia membawa kita hingga berjodoh?"

-BSA

K E H I D U P A N

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu
menangis, agar kita sedar hidup ini bukan
hanya untuk bergembira & berketawa,
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu
menghargai nilai setitis air mata, kalau kita
tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan
rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah
untuk sesekali kita perlu DERITA untuk
mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu
KECEWA untuk kita kenal erti
KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk
kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita
perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

MISS.HOUSEMATE.CLASSMATE.LOVE.FOREVER



“When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.” 
― Henri J.M. NouwenThe Road to Daybreak: A Spiritual Journey


Bukit Bendera <3


Finishing School/ AJ Mall

Mid Valley




Forest Research Institute Malaysia (FRIM)


 

 Last Semester Dinner



CLASSMATE :)

Ini ADA :)



Ini ITA :)





Ini DIANA :)

 Ini NORIZAN :)



 Ini SAYA :) hihi



-We laughed, we cried, but we'll never say good-bye.  

(Kita tertawa, kita menangis, tapi tidak akan pernah berpisah) -

Bepang kacang


Oleh:Rosnani Abdul Rahman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

bahan2:-
600gm kacang tanah -(digoreng tanpa minyak dan buang kulit)
100gm bijan(pun digoreng tanpa minyak..)
600gm gula pasir..(kalau nak kurangkankan sikit pun boleh)
2 sudu besar marjerin

cara2:-
masak gula dlm kuali hingga gula hancur dan jadi cair
kemudian masukkan marjerin
bila marjerin dah larut,masukkan kacang dan bijan gaul rata
tutup api..dan cepat2 masukkan kedalam dulang yg dah dialas dgn plastik...dan canaikan nipis...jgn tebal2 sangat sebab nanti dia jadi keras...(susah nak gigit)
sementara panas potong adunan kecil2..ikut saiz yg kita nak...kalau dah sejuk susah nk potong sebab keras...
simpan dlm bekas kedap udara....

Resepi Aiskrim coklat
Oleh: Naimah Md Ludin
cc : www.facebook.com/bukuresepi


1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu)
1 biji telur
2 sudu besar ovellete
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil asen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara:
masukkan semua bahan dalam mixer
(kalau nak buat pelbagai perisa jgn masukan perisa masa mix..bila dh kembang baru asingkan dan cmpur perisa kegemaran)
pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 mnt
pukul kelajuan maximum selama 10-15mnt
adunan akan kembang 2-3x ganda (hampir penuh mixer)
bila adunan dah pekat boleh masukkan dalam bekas
sejukkan dalam peti semalam.

Selamat mencuba! :)
 
 
 



Chocolate Chip Muffins
Oleh: Puspa Wangi
cc : www.facebook.com/bukuresepi


2 cawan tepung gandum
1 Tbsp Baking Powder
½ tsp garam
1/8 tsp serbuk coffee/nescafe
satu paket besar chocolate chips (ikut kehendak)
2/3 cawan Whole Milk
½ cawan butter yang dicairkan
2 tbsp buttermilk/sour cream
2 biji telur
½ tsp Vanilla Extract
1/3 cawan gula halus
1/3 cawan Brown Sugar

Steps:
1) Panaskan oven pada 180 degrees. Dalam masa yg sama, boleh sediakan substitute utk buttermilk kalau xnak beli. Tuang 1/3 cawan whole milk dan kemudian campurkan bersama 2 sudu cuka masakan atau cuka buahan. sy guna apple cider vinegar. Biar selama 10 minit kemudian kacau dan boleh digunakan.

2) Dalam sebuah mangkuk kecil, campurkan kesemua 4 bahan pertama dlm resipi di atas dan ketepikan.

3) Dalam mangkuk kecil yg lain, campurkan semua chocolate chips dan separuh dr campuran tepung. Gaulkan dan pastikan setiap chocolate chip bersalut dgn tepung. Ini adalah tips utk memastikan apabila muffin di masak, choc chips tidak akan tenggelam ke dasar muffin dan melekat.

4) Dalam mangkuk yg besar, campurkan semua bahan2 basah. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan kering dan kacau. Jgn over mix or else nnti muffin takkan naik. Masukkan pula choc chips bersalut tepung tadi. Gunakan spatula utk kaup balik adunan.

5) isikan muffin 3/4 cawan. kemudian bakar selama 15 hingga 18 min. Boleh check menggunakan lidi dan lihat jika adunan masih melekat, biarkan lg beberapa minit.

Selamat mencuba! :)
 
 

Fruit Tart kastard
Oleh:Pn Pzza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bhn Pastri
2biji telur
200gm butter @majerin
100gm gula halus
4oogm tpg gndum
Cara2nya
1.Satukan bahan dan uli sehingga jd doh
2.Bulat2kan doh sebesar ibu jari dan tekankan ke dlm acuan tart,dan potong lebihan tepung menggunakan pisau ,dan ratakan keliling acuan,semua agar sm tebal kedudukannya seimbang dlm acuan tu,,kemudian cucuk2 dasarnya dgn menggunakan garpu.
3,Bakar dlm oven selama 15 min dgn suhu 16
sebagai inti dalam tart bulihlah ditaruk coklat cair atau pelbagai jenis jem
Bhn kastad
3sdb tpg kastard
2sdb gula halus
400ml susu cair
Kacau tpg kastard sehingga kilat,,sekejap aje jgn lama sgt nanti jd puding plak
Siap hidangkan masukan inti ke dlm kulit tart,kemudian masukkan kastard,kemudian bulih laa hias dgn buah2an spt stoberi dan buah kiwi yg di potong kecil,kemudian bulihlaa didinginkan ke dlm esbok yaa,,selamat mencuba
 
 

MEE KARI
Oleh:Fiza Syamri
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng


Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Tauhu kering

Bahan Kuah:
ayam dipotong kecil
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
2 liter stock ayam atau boleh guna kuib ayam 2 ketul campur dengan air buat stock
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2 keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah

1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok ayam (kiub ayam) dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
 
 

KUIH PUTERI AYU ~ ( 30 BIJI )
Oleh:Ibu Ammar
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

1 1/2 caw tepung gandum + 1 s/k baking powder ( ayak )
1 caw gula
2 biji telur
3/4 cawan santan
1 s/k ovelet
sedikit pewarna hijau

- Inti Kelapa :

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
sedikit garam
2 s/k tepung jagung @ tepung ubi

- Cara-cara :

1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.

2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.

3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.

5. Untuk Inti kelapa - satukan semua bahan, gaul sehingga rata.

6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan.

7. Kukus selama 5 minit.

8. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan.
 
 
 

ReSepi Bakso Mee/Nasi Impit
Oleh:ArNi Ninie
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Mula2 kita kena buat PES SOTO dulu ya sediakan bahan2 berikut :

Bawang Merah 5 Ulas
Bawang Putih 3 Ulas
Lenkuas size lebih kurang ibu jari
Buah keras sebiji
Kunyit Hidup size kecik skit dari ibu jari ( hihi harap korang fhm la)
serbuk kunyit separuh sudu teh sikit jer..

Bahan2 di atas blendkan bersama..pastu tumis bersama serai, kayu manis, dan bunga lawang sehingga naik bau.

pastu...
gorang tanpa minyak segenggam kacang tanah..sehingga kembang buang kulit kacang tu dan blend sehingga betul2 hancur

soup nya pula...

didihkan air ( ikut berapa banyak korang nak)
bila air dah mendidih masukkan ayam dan biarkan ayam masak sehingga timbul buih2 putih kat permukaan soup..(buih2 tu sila la buang ya)
Masukkan pes yang dah di blend tadi dan perencah sup peket kecik (Serbuk)@ sup bunjut pun boleh..panaskan dalam 5 minit
keluarkan ayam dan carik2an isi ayam tersebut
Masukkan kacang tanah yang dah di blend
Masukkan Garam, ajinamoto, gula sikit
Last sekali...masukan setengah tin susu cair..
Untuk nak bau yg lagi sedap masukkan lah daun limau purut. didihkan lg dlam 2 minit dan siap di hidangkan..

MEE/ Nasi Impit

Korang sendiri pilih lah nak mee yg mana satu..rebus jer ngan soup td...
Boleh juga makan dengan nasi impit..

SAMBAL :

korang boleh guna sambal cili yg korang suka juga

tapi kalau nak ikut cara sy boleh juga hihi : )

ambik beberapa cili padi yang kering dan yang fresh..ikut kesesuaian korang juga la..mau yang pedas atau super pedas...sy ada cmpur belacan skit ja..terpulang pada korang nak campur atau tidak..ambik 1 ulas bawang merah blend juga..pastu tumis la kesemua bahan2 yang dah di blend..letak garam, gula and ajinamoto..biar secukup rasa..hihi tumis sehingga naik bau dan kering

Siap!! ambik mangkuk masukkan ayam yang dah di carik tadi, tuangkan soup, masukkan pla mee pastu campur la bawang goreng daun soup sgt sedap dimakan bersama telur rebus, kicap manis ABC dan sambal cili...hihi...SOTO ni korang nak letak perut lembu, daging pun sedap..itu namanya SOTO campur..sorry lah mybe resepi sy ni ada yg kurang kot...
 
 
 

SIAKAP 3 RASA
Oleh:Nur Ain
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
IKAN
1 ekor Ikan siakap
5 sb Tepung jagung
sedikit serbuk pasti sedap Knoor

KUAH
1@2 biji Bawang besar
1 biji Tomato
Carrot dan Timun Batang
* dipotong dadu

4 biji Bawang putih
8@10 biji Cili padi
1 inci Halia
1 btg Lada Merah
* dihiris halus

1/2 tin Kacang Peas
1/2 tin Nenas
2 btg Serai
Air suam
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos Ikan
Sos Cili
Garam dan Gula
Ajinomoto
* Secukup rasa

Daun Salad dan Daun Sup (untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA

1) Bersihkan ikan dan toskan
2) Lumur ikan dengan serbuk pasti sedap knoor dan lumurkan pula dengan tepung jagung. (Lumur semua bahagian dengan rata )
3) Kemudian goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili padi, halia dan serai (sehingga kekuningan)
5) Seterusnya, masukkan Sos Tomato, Sos Tiram, Sos Ikan dan Sos Cili dan kacau sehingga sebati
6) Masukkan kacang peas dan nenas (ambil juga sedikit air nenas dan air kcg peas)
Setelah kuah agak mereneh, masukkan sedikit air dan masukkan tomato, carrot, timun batang dan lada merah.
9) Tambahkan garam, gula dan ajinomoto (secukup rasa)
10) Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan kuah diatas ikan yang telah dilapik dengan daun salad dan tabur daun sup.
 
 
AYAM MASAK SERAI
Oleh:Natasha Farisa
cc : www.facebook.com/bukuresepi

10 ketul ayam
8 biji b.merah (kisar)
8 biji b.putih (kisar)
7 btg serai (kisar)
7 tangkai cili merah (kisar)tpulang klu nk pedas blh tmbh lg..

1.goreng ayam dl
2.kemudian tumiskn bhn kisar sehingga naik bau.. Msk kan perasa & ayam yg tlh d gorg.
3.gaul ayam seketika & siapp utk d hidang.


Double Chocolate Mousse (6 cawan)
Oleh:Hidayatul Hafiza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

2 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
140 gm coklat masakan (dark/ milk choc)
200ml whipping cream
2 biji putih telur
1/2 cawan air panas yg baru didih

* bahan2 ni kene sediakan double, satu utk adunan milk/dark choc, satu lg utk adunan white choc.. baca penerangan di bwh sampai habis ye..

cara-cara:
- Cairkan 1 sudu besar gelatin menggunankan 1/2 cawan air panas, kacau hingga larut.. ketepikan..
- Potong coklat tadi kecil2 masukan dlm bekas yg sesuai dan cairkan coklat menggunakkan kaedah double boiler.. jgn bg terkena sedikit air pon.. dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya, matikan api..
- Campurkan gelatin yg sudah di cairkan td ke dalam coklat masakan.. kacau sehingga sebati.. ketepikan..
- Pukul putih telur tadi guna mesin sampai kental, kena pukul sampai bila di terbalikkan adunan tersebut tak tumpah..
- Kemudian campurkan gula sedikit demi sedikit ke dlm putih telur dan kacau lg dgn kelajuan yg tinggi hingga sebati.
- Langkah seterusnya, dalam mangkuk lain putarkan whipping cream dlm 5 minit mcm tu, menggunakan kelajuan paling rendah.. jgn terlebih putar nanti dia berbintil.
- Ambik adunan coklat td.. masukkan ke dalam adunan putih telor.. masukkan sikit demi sedikit.. kali ni dah tak pyh guna mesin hanya guna senduk.. sila guna kaedah kaup balik aje adunan tu..
- Campurkan pulak adunan whipping cream td ke dalam adunan coklat dan putih telor td.. kali ni kena gigih sikit utk kaup balik dan gaul hingga semua bhn2 ni sebati dan tidak berbintil2..
- Tuang sedikit ke dalam bekas dan sejukkan seketika dlm peti ais.. kalau nk bg dia cpt mengeras, masukan dlm freezer dlm 10minit je lps tu pindahkan semula ke peti bwh.
- Sementara tu ulang kesemua step di atas dgn menggantikan dark/milk choc kepada White choc..
- Keluarkan coklat mousse yg sudah dikeraskan td, dan tuang white choc diatasnya. Masukan semula dalam freezer selama 10 minit, keluarkan dan lapis semula dgn dark/milk coklat.. Kemudian keras kan seketika dlm peti ais..
- Keluarkan, hias mengikut kretiviti anda dan bole hidangkan..

*** waktu melapis tu pastikan permukaan coklat sudah betol2 beku, kalau tak lapisan coklat akan mendak ke dlm lapisan sebelom nye..
*** kalau tak mahu buat adunan white choc lapiskan aje dgn buah buahan di tengahnya.. cth strawberry atau kiwi..


 

Resepi cream puff (choux paste)
Oleh:Nur Amirah
cc : www.facebook.com/bukuresepi

cream puff :
100gm majerin
250gm air
125gm tepung gandum
3bj telur

pastry cream :
500ml susu uht
20gm tepung jagung
25gm tepung kastad
100gm castor sugar
2bj telur

cara2 penyediaan cream puff :
1. panskan api. masukkan majerin dan air ke dalam periuk sehingga majerin tersebut cair.
2. perlahankan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk.angkat dan biarkan seketika.
3. setelah sejuk,,masukkan telur dan gaul sehinnga sebati dan siap untk dipiping dan dibakar.

cara2 penyediaan pastry cream :
1. all in one method. campur semua skali bahan dan letak atas api dan tambah sedikit esen vanilla. seeloknya tepung ditapis utk mengelakkan krim berketul.
2. kacau sehingga krim pekat .

simple and nice
 
 
 

Resepi jelly kelapa pandan
Oleh:Naimah Md Ludin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

1 paket agar2 serbuk (10g)
4 gelas besar@ 1300ml air kelapa pandan (kalau guna air kelapa biasa boleh tmbah asen pandan jika suka@masukkan sehelai daun pandan masa masak)
isi kelapa muda
1 1/4 cawan gula
pewarna hijau (kalau xnak letak pun xpe)
*kalau nak lagi sedap,boleh kurangkan serbuk agar2 gantikan dengan geletin..cari yg ada tanda halal ya..kat giant ada jual :) )
cara
-campur serbuk agar2,gula dan air kelapa dalam periuk.masak sampai gula cair dan mendidih.
-bahagikan kepada 2 bekas..1 bekas tmbah pewarna hijau.
-gunting/carikkan isi kelapa muda dan isi dalam acuan
-masukkan agar2 yg dah masak tadi dalam acuan
-sejukkan dalam peti ais
-hidang dingin2...sejuk tekak...
 


Resepi macaroni bakar
Oleh:ieza Ahamad
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan utk sos merah
2 biji bawang holland
1bji bawang putih
400gm daging kisar
2sudu cili boh
1tin sos prego
1tin sos tomato purrie
1tin cendawan butang
Garam secukupnya
-potong dadu bawang, , cendawan butang potong nipis.
-tumis bawang bwsar dan bawang putih,
-naik bau masukkn daging kisar,
-masukkn cili boh dan tomato purrie dan juga sos prego, bersama 1 stgh tin air. Didihkan.
-masukkn garam dan cendawan. ketepikan.

Macaroni 400gm
Rebus hga kembang.
Ketepikan

Sos putih
600ml susu segar
Cheddar 115g
3biji telur
4sudu tepung gandum

-pukul telur hga kembang masukkn susu, tepung pukul sebati.
-masukkn ke dlm periuk kecil dan parut Cheddar.
-bukak api kecil kacau hga pekat dan tutup api.
Ketepikan

-sediakan loyang, masukkn kesemua macaroni yg telah rebus td ke dlm loyang, masukkn sos merah kesemuanya, dan masukkn sos putih..

Topping
115g Cheddar
Mozarella cheese.

-Parut kan Cheddar ke atas sos putih loyang td dan mozarella.lg byk lg sedap.
-siap bakar 30 minat ke dlm oven.
 
 

nasi arab simple2 ala naimah
Oleh:Naimah Md Ludin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

cara:
-semua bahan bertanda * cuci bersih (guna penapis teh)
goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian bland kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang
*(kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)

Resepi ayam
bahan untuk perap (bland semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2 tanpa putus (saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
cara:
-bland semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
-masukkan ayam dalam pemanggang
-panggang sampai masak
*masa hidang sy potong 2 ayam sekor tu..ambik separuh ja

resepi salad
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
*cili hijau
*garam
*gula
*cuka (1 sudu kecil)
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk2 kasar (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon

air asam
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
bland semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-sedia hidang...yg simple2 ja ya..kalau nasi arab betul byk lagi rempahnya...
*kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)
 
 
 

PUDING CAREMEL CINCAI
Oleh:Ainil Hawa
cc : www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN A

5 biji telur
1 cawan air suam
1 camca asen vanilla
setengah cawan susu pekat

BAHAN B

4 sudu gula
3 sudu air

Cara-caranya :
blend kesemua bahan A tadi sehingga sebati. sementara tu panaskan periuk kukus dahulu. utk membuat caremel masukkan 4 sudu gula dan 3 sudu air ke dlm kuali dgn api yg kecil sehingga bertukar warna perang kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 2,3 minit. lepas tu masukkan ke dlm loyang yg sama td bahan A yg telah di blend dan kukus selama 45 minit dgn api yg sederhana. setelah siap, masukkan puding ke dlm peti ais selama 1 jam. kemudian sedia utk di hidang.
 
 
 
~~Sweethome Chicken Grill ~~
Oleh:Ella Azila
cc : www.facebook.com/bukuresepi

bahan-bahan

-1/2 ekor ayam (dikelar/dicucuk dgn garpu)

BAHAN-BAHAN A (DIKISAR)

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kerat serai
2 cm halia(agak-agak jer)
1 sudu jintan manis
1 sudu jintam putih
1 sudu lada hitam

BAHAN-BAHAN B

garam
gula melaka/madu
kicap manis
1 sudu serbuk pati ayam/1 ketul kiub ayam
1 sudu lada sulah

CARA-CARA

Gaul dan sebatikan ayam dgn bhnA + Bahan B.
Perapkan ayam dgn bahan A + bahan-bahan B (4-5 jam,dlm peti ais)
Bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit(biar perang permukaannya)
Sedia dihidangkan!

SELAMAT MENCUBA! (^____^)


 

Udang butter/Butter prawn
Oleh:Linn Malek
cc : www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN-BAHAN;-

500 gm-udang...bersihkan- buang kulit..buang satu ekot yg tajam,.tgalkan ekor yg xtajam ...belah blkang..
-Pnaskan minyak dlm kuali..betul2 panas..goreng udang hngga kemerah2 merahan ..angkat.jgn garing yea...asingkan..

100gm butter..
4 kuning telur -dikacau..
sdikit serbuk kunyit
panaskan kuali masukkan butter...smpi mncair butter..masukkan..telur kuning...curahkan dari atas..sambil kacau.tabur serbuk kunyit..kacauu..trus..hingga..telur... masak ..ttup api..angkat..toskan .ketepikan..


stgah..susu cair susu isian
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi ..tumbuk..(klu nk pedas blih tambah)
4 ulas bwg putih tumbuk kasar..
i sdu serbuk kari
setangkai daun kari
garam, sdikit kicap manis..(ganti gula) secukup rasa

kaedahnye-
1-..Panaskan kuali dgn 4 sdu minyak..
2-tumis ..bwg putih..dgn daun kari..
3. masukkan cili padi tumbuk..kacau gaul..tambah sdikit air..xmo kasi cili n kari tu kering...
4. kendian, masukkan garam,, sedikit kicap manis..masukkan udang..susu cair..separuh dari telur..goreng tadi.. gaul hingga sebati..make sure secukup rasa..ok..(klu nk berkuah blih tambah susu cair..ok..)
5. tutup api..masukkan dlm mangkuk yg disukai...tabur lebihan telur..siap.. dan hidangkan....


 
Kek Kukus Coklat Moist lapis Coklat Mousse
Oleh:Hidayatul Hafiza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula castor
1 cawan koko
1 cawan minyak jagung / masak

Bahan B: diayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Bahan C:
4 biji telur gred A - diblender

- sila panaskan pengukus dahulu.
- tuangkan kesemua bahan A kedalam periuk, masak atas api sederhana supaya minyak dan bahan td sebati. Sentiasa kacau mengunakan whisk. Bila da sebati matikan api.
- ambil bahan B yg telah di ayak td dan campurkan ke dalam bahan A yg masih panas td. Kacau guna whisk sampai sebati
- seterusnya tuangkan telur yg sudah diblender td. Kacau lg sehingga sebati.
- ambil loyang 8@9 inci griskan majerin/ butter di dlmnye.
- tuang adunan kek coklat td ke dlm loyang dan masukan ke dalam pengukus yg sudah dipanaskan. Masak lebih kurang 35-45minit mengikut ketebalan kek anda.
- sila tutup penutup pengukus menggunakan kain supaya air tidak menitis..
- bila sudah masak, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dr loyang. kemudian potong kepada 3 bhgian, hati2 ye ketika belah kek sgt lembut n mudah pecah.

Filling Mousse Coklat:
500ml non-diary whipping (bukan tenusu)
1 1/2 sudu gelatin halal- cairkan brsama 2 sudi bsr air panas.
200gm coklat masakan, cairkan guna kaedah double boiler.

- tuang whipping cream td dlm mangkuk dan putar sehingga kental/bertanduk.
- sediakan mangkuk/bekas yg besar ketika memukul non-dairy whipping cream td kerana dia akan mengembang 2kali ganda.
- bila da kembang, masukan coklat masakan yg telah dicairkan td, dan putar lg sehingga sebati..
- seterusnya masukan gelatin dan putar lg sebati. asingkan.

Topping:
1/2 cawan koko
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

- campur kesemua bahan, masak guna kaedah double boiler. kacau sebati dan asingkan.

Cara melapis:
- ambil 1 bahagian kek yg telah dibahagi 3 td, letakan atas dulang/ pinggan rata.
- sapukan mousse coklat diatasnye mengikut ketebalan yg anda suka.
- ulang step td sampai habis. bila da melapis ke 3 bhgian td tuang lebihan mousse di atasnya da sapu rata mousse di sekeliling dan di tepi bhgian kek. kemaskan.
- simpan dalam peti ais dlm 30-45minit supaya mousse td mengeras sedikit.
- keluarkan dr peti ais dan tuangkan topping coklat di atasnya, sapu rata ke semua bahagian.
- hiaskan, masuk dalam peti ais seketika dan bole di hidangkan.



 
Blueberry Cheese cake
Oleh:Zila Sofiya
cc : www.facebook.com/bukuresepi

*yg dalam kurungan jika mahu buat setengah adunan

• Bahan A:
• 250g cream cheese(125g)
• 50g butter(25g)
• 100 ml susu segar (fresh milk)-(50ml)
• 6 biji kuning telur(3biji)
• 1 sdb jus lemon(1/2 cuka)
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine(30gm)
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)(10g)
• Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)(60gm)
• 6 biji putih telur(3 biji)
• 3/4 sdk jus lemon(suku sdt cuka)


Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven.. Hias dengan blueberry di atasnya.
Blueberry Cheese cake
Oleh:Zila Sofiya
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

*yg dalam kurungan jika mahu buat setengah adunan

• Bahan A:
• 250g cream cheese(125g)
• 50g butter(25g)
• 100 ml susu segar (fresh milk)-(50ml)
• 6 biji kuning telur(3biji)
• 1 sdb jus lemon(1/2 cuka)
• 1/4 sdk garam
• 60g tepung kek / tepung superfine(30gm)
• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)(10g)
• Bahan B:
• 140g gula (granulated sugar)(60gm)
• 6 biji putih telur(3 biji)
• 3/4 sdk jus lemon(suku sdt cuka)


Cara-cara-
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna whisk..
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.
5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven.. Hias dengan blueberry di atasnya.




Sunnah Yang Diabaikan: Kelebihan Penghulu Istighfar

LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :

“Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta"

(Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Illahi selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Kerananya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”

Daripada Ibnu Syaddad, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda :

“Barangsiapa membacanya di waktu siang dalam keadaan meyakini maknanya kemudian ia meninggal pada hari itu sebelum petang maka ia termasuk penduduk syurga. Dan barangsiapa membacanya di waktu malam dalam keadaan meyakini maknanya kemudian ia meninggal sebelum masuk waktu subuh maka ia termasuk penduduk syurga.”

(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari hadis no. 5831 dan 5848; dan al-Tirmizi hadis no. 3315; al-Nasa'i no. 5427 dan Ahmad hadis no. 16488 dan 16508)

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.