semalam mase tgh boring3 terbace satu artikal ni...n terase sekejap..hu3
kalo rajin silalh mbace yer!!!
Maryam, guru kelas Tadika
menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap
murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang
yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang
perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai
permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan
sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci
permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk
lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita
akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi
kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih
baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan
simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam
pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
p/s:insyaallah sy akn cbe lakukan yang terbaik... :)
p/s:insyaallah sy akn cbe lakukan yang terbaik... :)