Alasan Tak Perlu Lafaz Maaf (3 dari 20) haha



PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?


MASIH SOLO (SO TRUE)
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.



kebencian-kemaafan


semalam mase tgh boring3 terbace satu artikal ni...n terase sekejap..hu3
kalo rajin silalh mbace yer!!!



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.



"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.



Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.



"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.



"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.



Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


p/s:insyaallah sy akn cbe lakukan yang terbaik... :)

Ya Allah Ya Muhaimin


Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah. , doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita.
Fadilat membaca Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari.

lifelifelifelifelife




~~Masa pasti berlalu bersama cerita semalam. Tapi tentunya ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah. Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita. Hakikatnya semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan, sedang hari ini dan esok masih tiada kepastian. Samar-samar dan terlalu misteri! Jadi berusahalah untuk bangkit kembali. Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri. Bukan orang lain apatah lagi kenangan lalu. Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara di hati. Detik malang tidak selamanya akan kekal.~~

~binalah hidup baru, juga cipta kenangan yang baru

Salam Maulidur Rasul

WASIAT RASULULLAH S.A.W.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul,12 Rabiulawal 1433 Hijrah...
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa Juga pun”.