Resepi Febret Pulok hew3


CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-bahan kek coklat:
✔ 250gm Butter
✔ 3/4 cawan gula
✔ 4 biji telur
✔ 2 cawan tepung gandum
✔ 3/4 cawan serbuk koko
✔ 1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping
✔ 1 sudu marjerin
✔ 2-3 sudu susu pekat manis
✔ 2-3 sudu serbuk koko
✔ sedikit air

Cara buat kek coklat:
✔ Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
✔ Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
✔ Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
✔ Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
✔ Kukus 45 minit.

Cara buat coklat cair untuk topping:

✔ Cairkan 1 sudu marjerin.
✔ Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
✔ Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat

Siap…selepas kek masak, siram kek dengan coklat cair..boleh juga tabur coklat rice jika nak..wahh bestnya…sedap..trylah..