Double Chocolate Mousse (6 cawan)
Oleh:Hidayatul Hafiza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

2 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
140 gm coklat masakan (dark/ milk choc)
200ml whipping cream
2 biji putih telur
1/2 cawan air panas yg baru didih

* bahan2 ni kene sediakan double, satu utk adunan milk/dark choc, satu lg utk adunan white choc.. baca penerangan di bwh sampai habis ye..

cara-cara:
- Cairkan 1 sudu besar gelatin menggunankan 1/2 cawan air panas, kacau hingga larut.. ketepikan..
- Potong coklat tadi kecil2 masukan dlm bekas yg sesuai dan cairkan coklat menggunakkan kaedah double boiler.. jgn bg terkena sedikit air pon.. dan kacau hingga coklat cair sepenuhnya, matikan api..
- Campurkan gelatin yg sudah di cairkan td ke dalam coklat masakan.. kacau sehingga sebati.. ketepikan..
- Pukul putih telur tadi guna mesin sampai kental, kena pukul sampai bila di terbalikkan adunan tersebut tak tumpah..
- Kemudian campurkan gula sedikit demi sedikit ke dlm putih telur dan kacau lg dgn kelajuan yg tinggi hingga sebati.
- Langkah seterusnya, dalam mangkuk lain putarkan whipping cream dlm 5 minit mcm tu, menggunakan kelajuan paling rendah.. jgn terlebih putar nanti dia berbintil.
- Ambik adunan coklat td.. masukkan ke dalam adunan putih telor.. masukkan sikit demi sedikit.. kali ni dah tak pyh guna mesin hanya guna senduk.. sila guna kaedah kaup balik aje adunan tu..
- Campurkan pulak adunan whipping cream td ke dalam adunan coklat dan putih telor td.. kali ni kena gigih sikit utk kaup balik dan gaul hingga semua bhn2 ni sebati dan tidak berbintil2..
- Tuang sedikit ke dalam bekas dan sejukkan seketika dlm peti ais.. kalau nk bg dia cpt mengeras, masukan dlm freezer dlm 10minit je lps tu pindahkan semula ke peti bwh.
- Sementara tu ulang kesemua step di atas dgn menggantikan dark/milk choc kepada White choc..
- Keluarkan coklat mousse yg sudah dikeraskan td, dan tuang white choc diatasnya. Masukan semula dalam freezer selama 10 minit, keluarkan dan lapis semula dgn dark/milk coklat.. Kemudian keras kan seketika dlm peti ais..
- Keluarkan, hias mengikut kretiviti anda dan bole hidangkan..

*** waktu melapis tu pastikan permukaan coklat sudah betol2 beku, kalau tak lapisan coklat akan mendak ke dlm lapisan sebelom nye..
*** kalau tak mahu buat adunan white choc lapiskan aje dgn buah buahan di tengahnya.. cth strawberry atau kiwi..