PERASAAN KAMU
Apa yang
kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah
kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu
sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan
pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan
semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu
menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu,
selain dari diri kamu sendiri.
MASA LALU
Jangan
meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia
adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di
saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan
cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan
buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi
hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa
yang akan berlaku di masa depan kan?
MASIH
SOLO (SO TRUE)
Inilah
hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai
kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai
kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman,
ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi
satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa
untuk mencari pasangan yang sesuai.